| |
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
|
|
![]() ![]() ![]() |
| roseh |
Posted: June 20, 2008 10:39 am
|
|
Rakan Baru ![]() Group: Members Posts: 1 Member No.: 728 Joined: June 16, 2008 |
Assalamualaikum,
saya berminat utk membeli buku berkaitan dengan "Kaedah Fonetik Mengajar Anak". masalah saya, anak saya berumur 3 1/2 tahun tapi masih tidak boleh bercakap dgn fasih. Saya boleh faham separuh dpd aper yang dia cakap tapi selalunya saya tak faham langsung. Bila saya mula mengajar dia, dia tak dapat memahami arahan yang diberikan. pada pendapat saya mungkin kesebabkan dia tak fasih bercakap. sekrg nie saya nak membeli koleksi buku mengenai fonetik, aper pendapat puan? sesuai atau tidak untuk anak saya. atau saya kena tunggu sehingga dia fasih bercakap. Tolong bagi pendapat. terima kasih |
| Puan Rosnita |
Posted: July 06, 2008 01:10 am
|
![]() Pengasas AdikBijak.com ![]() ![]() ![]() Group: Admin Posts: 187 Member No.: 6 Joined: April 20, 2006 |
Waalaikummussalam,
Nak mula melatih anak membaca tak perlu tunggu anak dah fasih atau masih pelat bercakap. Ini kerana kaedah terawal yang akan anda ajarkan kepada anak melalui kaedah fonetik ini adalah untuk mengenali bunyi huruf... bukan perkataan. Oleh kerana anak anda dah boleh bercakap (walau pun mungkin sedikit pelat) saya pasti dia tidak mempunyi banyak masalah untuk belajar dan menyebutkan bunyi-bunyi asas huruf ini. Mana tahu, dengan izin Allah, sambil anak anda belajar membaca dengan cara menyebut secara tepat bunyi huruf dan suku kata... ia akan membantu memperbetul dan memperbaiki skil pertuturannya juga. Sebagai tambahan untuk anda mengatasi masalah pertuturan anak anda ini: - Kerap bacakannya buku-buku cerita dan berinteraksi (soal-jawab) dengan anak - Sentiasa bertutur dengannya menggunakan bahasa yang betul. Usah rendahkan taraf pertuturan anda hanya kerana anak dilihat tidak dapat memahami kata-kata anda. Dengan bercakap pelat... akan menggalakkannya untuk terus bercakap pelat - Jika anda merasakan tahap pertuturan anak agak kronik, elok juga jika dibawah berjumpa pakar untuk mendapatkan nasihat lanjut... Keep me updated on the progress... ya! |
| RINA |
Posted: July 17, 2008 02:39 pm
|
|
Rakan Baru ![]() Group: Members Posts: 8 Member No.: 770 Joined: July 09, 2008 |
Assalammualaium Puan,
Sy ingin bertanya la...ada tak CD pengajaran utk cepat membaca cthnya pengenalan huruf...bila sy teliti di bahagian produk, tak de le CD tu...harap puan dapat membantu. Terima kasih. Rina |
| Puan Rosnita |
Posted: July 23, 2008 12:41 am
|
||
![]() Pengasas AdikBijak.com ![]() ![]() ![]() Group: Admin Posts: 187 Member No.: 6 Joined: April 20, 2006 |
Waalaikummussalam Rina, Set Bacalah Anakku tu ada dilengkapi dengan VCD Kaedah Mengajar. Tetapi kalau Rina nak belajar lebih lengkap lagi... suka saya usulkan Rina dapatkan VCD Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku yang memberikan panduan yang sangat terpeinci bagaimana melatih kanak-kanak cepat membaca menggunakan kaedah fonetik. ![]() VCD ni boleh didapati di laman AdikBijak.com Puan Rosnita |
||
| talapia |
Posted: December 16, 2008 12:30 pm
|
![]() Rakan Aktif ![]() ![]() Group: Members Posts: 73 Member No.: 180 Joined: August 24, 2006 |
salam pn rosnita,
lama tak jumpa :-) k saya nk bertanya mengenai kaedah cepat membaca tu. sekarang ni anak saya berumur 2 thn lebih... so saya berhasrat utk mula perkenalkan dia kaedah membaca guna phonetic ni. cuma saya taktau nk start dengan yg mane. saya berminat dengan First Phonics: Sounds & Letters keluaran ladybird series tu. saya nk tahu, kandungan buku tu. adakah sekiranya ditekan pada huruf2 tersebut akan keluar sebutannya? n ada tak cth2 perkataan yg bermula dr huruf2 tersebut atau sekadar bunyi huruf saje. lg satu... saya berminat dengan set Early Reading Series ReadEasy Phonics tu. sesuai tak kesinambungan kedua2 produk yg saya pilih ni? saya bercadang utk mengajar anak saya sepenuhnya dlm tempoh saya berpantang nnti. cuma... saya risau anak saya akan lupa kaedah phonetic sbb lepas berpantang saya akan masukkan dia ke nursery biasa since takde nursery yg guna kaedah phonetic ni di kawasan perumahan saya. -------------------- NONA ROGUY * SUSEN * http://www.geocities.com/singgah_kejap * http://hanhoney.fotopages.com
|
![]() |
![]() ![]() ![]() |