| |
| Welcome Guest ( Log In | Register ) | Resend Validation Email |
|
|
![]() ![]() ![]() |
| CyberAzeze |
Posted: November 06, 2007 01:34 am
|
![]() Administrator ![]() ![]() Group: Admin Posts: 91 Member No.: 1 Joined: March 14, 2006 |
![]() Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dengan izin Allah majlis Perjumpaan Hari Raya AdikBijak.com telah dapat dijayakan pada hari Ahad (04/11/2007) yang lalu. Pada mulanya khuatir juga kami dengan keadaan cuaca yang tidak dapat dijangkakan. Al-maklum, masa sampai cuaca masih agak mendung dengan gerimis sedikit-sedikit. Dalam hati kami, Allah sahaja yang tahu. Sepanjang masa berdoa agar program ini dapat kami jayakan hingga selesai. Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar. Tarikh: 04 Nov 2007 (Ahad) Masa: 10.00 pagi - 12.30 tgh Tempat: Taman Tasik Shah Alam ![]() Dan berikut serba sedikit rangkuman majlis yang telah diadakan: ![]() Seperti biasa program bermula dengan jamuan hari raya. Yea lah pagi-pagi ni ada yang belum sarapan lagi. Kalau ucapan dulu nanti ada pula yang jatuh pengsan... Digambar kelihatan Yatie dan keluarga sedang merasmikan hidangan. Tahun lepas ada datang dengan anak masih berdukung lagi. Kali ni anak masih berdukung juga... tapi dah sibuk minta dilepas sebab nak berlari pergi tempat permainan. Pada majlis ini semua rakan-rakan AdikBijak.com telah di hidangkan dengan menu berikut: - Mee Jawa (menu utama) - Spagetti Goreng - Nasi Impit dan Rendang Ayam - Kek Coklat - Muffin - Aneka Kuih dan Kerepek Raya - Buah-buahan - Air Oren - dan lain-lain Dan antara yang paling istimewa dan lain dari yang lain... ![]() Wow... kek istimewa untuk majlis AdikBijak.com. Isk... kami tak ingat sapa yang bawa. Tapi terharu sangat sebab begitu bersungguh rakan-rakan menjayakan majlis ni. Yang paling haru... saya tak sempat nak rasa... sebab dah habis!!! Uuuuwwaaaaa...!!! Dan satu lagi... ![]() Haaa... cuba teka apa nih?! Inilah salad buah epal dan lai yang diadun mesra dengan asam boi. Dia punya rasa... memang kelas. Puan Rosnita sampai ulang banyak kali... saya dan rakan-rakan lain apa kurangnya. Seperti kek tadi... yang ni pun kami lupa sapa yang bawa. Haaiii... dah tua benar gamaknya kami ni. Yea lah selama ni semua rekod komputer yang simpan. Bila jumpa berdepan... "system hang"... hahaha... ![]() Mmmmm... berselera sungguh semua menjamu selera. Rakan-rakan yang tak datang tak dapat la rasa... dapat tengok jer... Bersambung.... PUAN ROSNITAdan p/s: Rakan-rakan dijemput untuk turut sama berkongsikan foto2 dari kamera anda di sini. Amacam seronok, tak?!!! |
| CyberAzeze |
Posted: November 07, 2007 12:12 am
|
![]() Administrator ![]() ![]() Group: Admin Posts: 91 Member No.: 1 Joined: March 14, 2006 |
Okay... kita sambung lagi...
Majlis Hari Raya ini diserikan lagi dengan program khusus untuk anak-anak AdikBijak.com, iaitu sessi bercerita yang telah disampaikan oleh anak kami... Adik Nur Natasha Azeze (Tasha) dengan dibantu sepupunya Aliya Maisara. Tasha telah membacakan sebuah buku bertajuk "Berikanku Cahaya" dari set Siri Alam Sekitar yang bakal dipasarkan di AdikBijak.com bulan Nov ini. ![]() ![]() Sebelum bermula Tasha mengambil peluang memperkenalkan diri dan memberikan sedikit penerangan tentang buku yang nak dibaca. Nampak gugup juga dia... tapi tak mengapalah. Pendedahan berterusan sebegini pasti baik untuknya untuk membina keyakinan diri dan sifat kepimpinan. Sepupunya pun nampak macam berminat. Mungkin tahun hadapan kami akan buka sessi ini kepada semua untuk menunjukkan bakat. ![]() Wah... tekun nampaknya anak-anak kita mendengar cerita yang dibaca. Untuk makluman rakan-rakan... membawa anak-anak ke sessi bercerita seperti ini merupakan antara cara untuk menanam minat mereka kepada buku. Malah kami mula menerima maklum balas ada antara anak-anak yang mula "melakonkan semula" apa yang mereka lihat dilakukan Tasha pada hari tersebut. ![]() Diakhir sessi Tasha membahagi-bahagikan hadiah istimewa kepada rakan-rakannya yang merupakan Majalah Aulad. ![]() Nampaknya tak sabar-sabar adik-adik kita untuk meninjau apakah kandungan majalah yang tampak comel, menarik dan penuh informasi ini. Kalau rakan-rakan inginkan bahan bacaan yang baru setiap bulan untuk anak-anak tanpa perlu berbelanja lebih... Majalah Aulad dan Majalah Celik adalah pilihan paling ideal untuk anak-anak anda. Tempahan boleh dibuat melalui laman AdikBijak.com... Bersambung lagi laa... PUAN ROSNITAdan |
| Syafini Rosli |
Posted: November 07, 2007 04:01 pm
|
|
Rakan Aktif ![]() ![]() Group: Members Posts: 54 Member No.: 364 Joined: March 22, 2007 |
Salam,
Wah, seronoknya anak2 kecik tu. Ada sesi bercerita. Erm, makan2 pun best nampak. Sampai ada gmbr Pn Rosnita tgh nganga..ish..enCyber Azeze ni..capture gmbr pun..hehe K, wish all the best to ABc. -------------------- ~SyaFini R~
~Apa-apa je la...~ |
| mawaddah |
Posted: November 10, 2007 03:41 pm
|
![]() Rakan VIP ![]() ![]() ![]() Group: Members Posts: 199 Member No.: 15 Joined: April 27, 2006 |
bestnyer...dah 2 kali tak dpt join program ni...
tahun depan insyaallah, jika umur panjang dan diizinkan Allah, akan turut serta... ps: simpan niat awal2... -------------------- ![]() ![]() [+] Cadar, Langsir & Home Deco - http://cadarshop.com [+] Educational Books - http://adikbijak.com/ref.plx?MB00057 |
| CyberAzeze |
Posted: November 12, 2007 01:11 am
|
![]() Administrator ![]() ![]() Group: Admin Posts: 91 Member No.: 1 Joined: March 14, 2006 |
Assalamualaikum...
Semasa majlis Perjumpaan Hari Raya ini... kami juga telah mengambil peluang untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang Peraduan Wajah-Wajah Merdeka AdikBijak.com. Alhamdulillah... pemenang Hadiah Utama dan Pemenang Hadiah Pertama telah dapat menghadirkan diri bagi menerima hadiah dari kami. Dan pemenangnya adalah... (drum roll)... ![]() HADIAH UTAMA PUAN RAJA BADARIAH ALWEE dari Kuala Lumpur. Beliau telah membawa pulang hadiah berupa: - Penginapan 3 Hari 2 Malam di Bukit Merah Laketown Resot - Barangan Eksklusif AdikBijak.com Dan... ![]() HADIAH PERTAMA PUAN NORHAZAH AZIZ dari Klang, Selangor. Beliau telah membawa pulang hadiah berupa: - Baucer AdikBijak.com bernilai RM100.00 - Barangan Eksklusif AdikBijak.com Tahniah kami ucapkan kepada mereka. Untuk pemenang yang lain... hadiah-hadiah akan kami hantar melalui pos mulai 15 Nov 2007 ini. Ada lagi sambungan cerita... tungguuuu... PUAN ROSNITAdan |
![]() |
![]() ![]() ![]() |