Powered by Invision Power Board


  Reply to this topicStart new topicStart Poll

> Anak tak nak gosok gigi, Macamana ye.....
yus
  Posted: July 31, 2006 03:44 pm
Quote Post


Rakan VIP
***

Group: Members
Posts: 207
Member No.: 81
Joined: June 15, 2006



Assalamualaikum forumer.....

Saya ada masalah......
Anak ke dua saya perempuan dah berumur setahun pd bln 6 hari tu...masalah nya sekarang...dia tak nak gosok gigi...gigi atas ada 4 biji, bawah 2 biji. Bila nak gosok gigi, dia tutup mulut tak nak bukak, kalau trick dia macam2 pun bila dia bukak jer mulut, masa kite nak masukkan berus gigi tuh dia dah paling...susah nya...saya dah try beli berus gigi baby yg masuk kat jari tu, berus gigi cam kakak dia (4 thn) pun dah beli, tapi semua tak jalan.....untuk pengetahuan, dia duk ngan nenek dia, jadi bila susah sgt nak gosok gigi, nenek dia pun biar jer la... mad.gif bila balik saya tengok gigi kuning, saya cuba nak gosok, tapi dia tak nak, bila paksa dia menjerit sampai kuar urat leher.....

Tolong beri idea macamana nak gosokkan gigi dia. Dia dah setahun takut nnti bila lagi banyak gigi keluar campur dgn tak nak gosok gigi, habis lah........ sad.gif
PMEmail Poster
Top
yus
Posted: August 03, 2006 11:48 am
Quote Post


Rakan VIP
***

Group: Members
Posts: 207
Member No.: 81
Joined: June 15, 2006



Takpelah memandangkan takde forumer yg boleh berikan pandangan, saya telah jumpa artikel yg berkenaan penjagaan gigi. Di sini saya poskan artikel berkenaan untuk manfaat ahli sekalian.... cool.gif


PENJAGAAN gigi kanak-kanak eloklah dimulakan seawal yang mungkin iaitu sebaik saja gigi pertama muncul atau tumbuh di dalam mulut. Ini biasanya ketika seseorang bayi berusia lebih kurang enam bulan. Penjagaan awal dimulakan dengan menggunakan kain berupa tuala yang agar kesat bagi memudahkan anda menggosok di permukaan gigi berkenaan.

Cara ini dilakukan beberapa kali sehari supaya bayi berkenaan tidak lagi akan menjadi takut. Ia boleh dilakukan ketika dalam pelukan atau berbaring sama ada selepas minum susu atau makan. Galakkan juga bayi minum air kosong melalui botolnya.

Untuk mengelakkan kerosakan gigi teruk yang dipanggil karies rampan (kerosakan berlaku pada hampir semua gigi kecuali gigi hadapan dan bawah), jangan biarkan bayi tidur sambil minum susu terutama susu yang dicampur manisan seperti milo kerana ketika tidur masih ada baki susu belum ditelan yang akan digunakan bakteria dan akhirnya boleh menyebabkan kerosakan gigi. Tambahan pula ketika tidur pengeluaran air liur menjadi kurang. Air liur biasanya dapat membersihkan mulut daripada sisa makanan.

Apabila kanak-kanak berusia lebih kurang dua tahun yang mana kebanyakan gigi susu sudah tumbuh, si kecil bolehlah dilatih menggosok gigi dan diajar berkumur. Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya akan menelan ubat gigi. Janganlah bimbang kerana ia tidak berbahaya.

Kita boleh juga memulakan latihan ini tanpa penggunaan ubat gigi. Kajian pakar psikologi menunjukkan kanak-kanak amat mudah meniru gaya atau perbuatan ibu bapanya berbanding mengikut arahan. Oleh itu satu cara berkesan menggalakkan mereka rajin menggosok gigi adalah dengan menggosok gigi dan berkumur di hadapan mereka.

Jadikan tabiat menggosok gigi satu aktiviti yang menarik kepada kanak-kanak. Antaranya, sediakan cermin berbingkai kartun, bunga atau binatang kegemaran mereka. Berus yang digunakan adalah pilihan mereka sendiri.

Pada masa ini ada banyak berus gigi yang dibuat menarik kepada kanak-kanak dalam berbagai bentuk dan warna. Ubat gigi juga didatangkan dalam pelbagai perisa yang digemari kanak-kanak. Kita juga boleh meletakkan pelekat (sticker) menarik di dinding bilik air untuk memikat kanak-kanak berada di bilik air ketika menggosok gigi.

Penggunaan berus gigi yang menggunakan kuasa bateri juga dewasa ini amat digemari kanak-kanak. Berus jenis ini bukan saja lembut, malah amat membersihkan gigi mereka jika digunakan dengan berkesan. Selain daripada itu, penggunaan berus jenis ini amat berguna kepada kanak-kanak kurang upaya yang biasanya sukar membersihkan gigi mereka.

Satu aktiviti lagi yang perlu di ajar kepada kanak-kanak pada peringkat ini adalah berkumur setiap kali selepas makan terutama makanan dan minuman manis. Bagi peringkat lebih dewasa iaitu pada umur kira-kira enam tahun, pemantauan aktiviti membersihkan gigi perlu ditekankan kerana pada masa ini mereka sudah mula leka dan lebih suka bermain.

Ini amat penting kerana pada peringkat ini kegigian campuran sudah bermula yang mana gigi susu mula tanggal dan gigi kekal mula tumbuh. Saiz tidak seimbang dan susunan tidak teratur (saiz rahang belum cukup besar untuk mendapatkan susunan gigi yang teratur) memudahkan sisa makanan berkumpul.

Kanak-kanak juga sudah boleh di galakkan melawat doktor pergigian untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat serta supaya mereka tidak takut berjumpa doktor. Mereka biasanya lebih mendengar nasihat orang lain berbanding ibu bapa, maka nasihat daripada doktor pergigian akan memberi kesan kepada kanak-kanak berkenaan.

Melangkah ke alam remaja pada peringkat sekolah menengah biasanya adalah satu tempoh yang amat perlu diberikan perhatian. Sesetengah mereka sudah mula mengabaikan tabiat baik penjagaan gigi dan sudah memulakan amalan tidak sihat seperti merokok.

Merokok bukan saja menjadikan penampilan tidak menarik dengan tanda cemar nikotin pada gigi tetapi juga permulaan kepada penyakit gusi. Bagi yang berminat dengan sukan lasak seperti ragbi dan hoki, perlindungan mulut boleh didapati dalam bentuk 'mouthguard'
PMEmail Poster
Top
Aznita
Posted: August 10, 2006 02:00 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 4
Member No.: 119
Joined: July 07, 2006



hi yus,
iya, memang susah bila nak mula nak ajar anak-anak kecil gosok gigi. Artikel yang dipaparkan memang berguna. Saya nak kongsi salah satu cara saya lakukan kepada anak2 saya ialah dengan menunjukkan gambar gigi-gigi yang rosak. Kekadang bila baca suratkhabar or magazine, ada topik/gambar mengenai gigi, saya tunjukkan pada mereka. Lepas tu , kalau diorang tak nak gosok gigi, saya ingatkan tentang gambar gigi yang rosak tu. Alhamdilillah, sampai sekarang takde masalah. Selain tu, kita buat depan dia, cara gosok gigi tu. Kalau dia buat, walaupun tak seperti yang diharapkan, berilah pujian, sure dia akan seronok nak buat lagi.
PMEmail Poster
Top
nard
  Posted: August 11, 2006 09:57 am
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 13
Member No.: 82
Joined: June 15, 2006




SALAM YUS,

Memang susah nak train anak kecik nih.. tapi yang penting kena wat selalu, walaupun mula2 dia tak nak, tapi biler dah lama2 tuh dia pun akan terbiasa.. JAngan mudah putus asa biler dia tak nak.. tetapi bagi dia cuba sendiri.. mungkin dia akan rasa lebih seronok dan berminat utk gosok gigi. sambil tu jugak kite boleh tunjuk kan caranya dan kemudian biarkan dia lakukan sendiri. Jangan marahkan bila dia tak nak . tetapi cuba berikan galakan dan berikan pujian bila dia mula memberus(walaupun tak betul) biggrin.gif
PMEmail Poster
Top
yus
Posted: August 15, 2006 04:20 pm
Quote Post


Rakan VIP
***

Group: Members
Posts: 207
Member No.: 81
Joined: June 15, 2006



Terima kasih Aznita dan Nard.....saya masih lagi mencuba bermacam-macam cara untuk bagi berkesan.
PMEmail Poster
Top
airiss
  Posted: September 05, 2006 08:26 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 7
Member No.: 16
Joined: April 28, 2006



hai yus...

cuba try ubat gigi brand "first teeth"....ader jual kat guardian....mmg mahal skit....sebab rase dia sedap...anak2 saya suka sgt....yg kecik tuh baru jer setahun...biler cakap..."izzah...gosok gigi..." dia terus nganga...hihihihihi...
PMEmail Poster
Top
yus
Posted: September 06, 2006 08:25 am
Quote Post


Rakan VIP
***

Group: Members
Posts: 207
Member No.: 81
Joined: June 15, 2006



TQ TQ TQ.....ari ni gak gi beli.................. biggrin.gif
PMEmail Poster
Top
talapia
Posted: July 12, 2007 05:08 pm
Quote Post


Rakan Aktif
**

Group: Members
Posts: 73
Member No.: 180
Joined: August 24, 2006



hehe.. walaupon terlambat nk bagi respons... tapi takpela.. utk forumer lain baca gak kan.. anak saya baru setahun 2 bln. saya mula kenalkan berus gigi pada dia sejak dia ada 3 batang gigi... sib baik tak terlambat. mula2 saya gunakan yg masukkan kt jari tu. tapi tak praktikal bila gigi dah 3. then... saya gi cari berus utk under 1 year old... tak jumpa.. beli je la yg utk 2 thn klau tak silap. then... ada terbaca.. fluoride dlm ubat gigi.. klau ditelan dlm kuantiti yg bnyk boleh memudaratkan. so saya cari ubat gigi yg fluoride free... perisa orange..

skrg ni.. anak saya tau kegunaan berus gigi. bila cakap a'an gosok gigi... dia taula tonyoh2 berus tu kt gigi dia... ganti2 la.. saya amik.. saya gosok2 kt gigi dia.. then dia wat sendiri lak... tapi takleh lama2... klau tak nanti... lantai lak diberusnye... eee...


--------------------
PMEmail PosterUsers WebsiteYahoo
Top
MW00545
Posted: July 12, 2007 06:46 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 15
Member No.: 484
Joined: July 09, 2007



hehehe... saya pn cam talapia gak... tertinggal keretapi...

dulu anak saya pn mmg susah gak nak gosok gigi.... mcm2 cara dia buat x nak gosok gigi... menangis laa... buat2 peluk saya laa... sampai sekarang nie, ada masanya mmg kalau blh dia nak melarikan diri dr gosok gigi... tp kita kena bertegas sbb kalau x mula dari sekarang, lain x lagi susah...

memandangkan anak saya nie takut semut ( laugh.gif laugh.gif ), jd bila dia x nak gosok gigi saya usik dia... nnti semut gigit gigi, rosak gigi niena... dia pn mula laa ckp dgn pelatnya... nnti semut gigit ek.... niena nak gosok gigi laa...


--------------------
PMEmail PosterUsers Website
Top
alya_adriana
Posted: July 14, 2007 01:07 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 17
Member No.: 482
Joined: July 05, 2007



klu kes ana camne lak ek
bb br je 9 bln.. tp dh ada 4 btg gigi (2 atas, 2 bwh) coming soon ada lg biggrin.gif
camne nk jg gigi dia tu yer
klu msuk something (berus gigi la..) dlm mulut sure dia gigit nyer biggrin.gif
lg poning den..cpt tul tumbuh gigi
PMEmail PosterYahoo
Top
pea
Posted: August 02, 2007 11:42 am
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 23
Member No.: 480
Joined: July 02, 2007



QUOTE (yus @ August 03, 2006 11:48 am)
PENJAGAAN gigi kanak-kanak eloklah dimulakan seawal yang mungkin iaitu sebaik saja gigi pertama muncul atau tumbuh di dalam mulut. Ini biasanya ketika seseorang bayi berusia lebih kurang enam bulan. Penjagaan awal dimulakan dengan menggunakan kain berupa tuala yang agar kesat bagi memudahkan anda menggosok di permukaan gigi berkenaan.

alya,
Macam yang kat artikel yang dipos oleh yus, gunakan kain lembut/tuala untuk gosok-gosokkan ke gigi si kecik tu. Memang dia akan gigit, tapi gigit-gigit manja, nanti lama-lama dia biasa la tu. Kalau nak senang, baringkan dia atas pangku kita, dan sambil gosok gigi tu, nyanyi la lagu apa-apa atau agah-agah dia supaya dia leka dan benarkan kita gosok gigi dia.

Selamat mencuba wink.gif
PMEmail Poster
Top
alya_adriana
Posted: August 08, 2007 12:15 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 17
Member No.: 482
Joined: July 05, 2007



O..mcmtu yer..
nk kena buat nie..
hr tu beli la berus gigi yg letak jari kita kt dlm tu kan
habis dia kemam nyer berus tue.. biggrin.gif
gigi dh bertmbh2 lak skrg nie
nnt alya cuba ..
jgn digigit nyer tgn umie dh
mau terjerit laugh.gif
PMEmail PosterYahoo
Top
mesrarx
Posted: January 06, 2008 05:23 am
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 10
Member No.: 267
Joined: November 23, 2006



Kalau gigi anak dah rosak!
Macam mana? sad.gif
PMEmail Poster
Top
Mrs. H
Posted: June 25, 2009 09:15 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 3
Member No.: 980
Joined: June 25, 2009



[B]Salam..

Walaupun topik ni dah lama menyepi, tp sy nk share satu tips-
bg ank yg berumur 1 tahun ke ats, berus gigi akn mjadi lebih mudah klu
kita gosok gg bersama2 dengan anak. Mesti dia suka! biggrin.gif


--------------------
PMEmail PosterUsers WebsiteYahoo
Top
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Topic Options Reply to this topicStart new topicStart Poll