Powered by Invision Power Board


Pages: (2) 1 [2]   ( Go to first unread post ) Reply to this topicStart new topicStart Poll

> Susu Ibu, Bagaimana nak membanyakkan air susu
lina07
Posted: August 26, 2009 12:33 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 2
Member No.: 995
Joined: August 26, 2009



salam...
berdasarkan pengalaman saya, saya yakin sebenarnya semua ibu boleh susukan anak. pengalaman saya ,..setiap kali selepas lahirkan anak, air susu mmg susah ada. kecut je..tak bengkak pun.. kena stimulation yg lebih, baru lah susu ada. lepas bg baby hisap dgn kerap baru susu ada sedikit demi sedikit..dah masuk minggu kedua susu dah banyak dan bila saya dah 3 minggu lebih dalam pantang, air susu kering pulak sbb bila baby hisap je dia nangis... saya siap jumpa doktor. dokt bg pil, saya makan tp tak bleh jgk tmbhkan air susu. sblm tu dah mkn mcm2 utk tambahkan air susu....(masa anak sulung, saya dah kalah dgn situasi ni sbb kurang ilmu penyusuan tetapi tidak pd anak2 yg lain...)Bila terjadi lagi masalah mcm ni pd masa anak2 seterusnya, saya call bbrp org kaunselor laktasi minta advise, antara nasihat mrk yg saya ingat, mrk kata first mesti bertenang, lepas tu jgn bimbang, fikir positif, sekalipun kita rasa air susu kering, kita jgn menerima keadaan itu, kita jgn mengiyakannya, jgn sesekali jadikan susu formula sbg penyelesai masalah. sentiasa berkata pd diri yg aku ni ada air susu. kita jgn anggap diri kita ni takde air susu, anggap lah kita banyak air susu.. bila kita anggap diri kta takde air susu, ia akan jadi seperti apa yg kita sangkakan..
ada sorang pakar laktasi tu kata pd sya.."sebenarnya u ni dah bimbang...tu sbb susu u tak bleh keluar, ia jgk ada kaitan dgn stress, ketidakyakinan, keletihan dan tanggapan negatif pd diri...
u kena ingat, zaman tok nenek kita dulu takde pun susu formula, haiwan pun susukan anak dan takde pulak bg air lain...dan u perlu tahu...mmg sesetengah org akan kekeringan air susu semasa dlm pantang dan ia sebenarnya boleh di stimulatekan semula..yg penting jgn fikir diri u kekeringan susu..." walaupun pedih sikit kata2 ni tp krn kata2 ni la sya berjaya susukan baby walaupun saya berkerja..

saya ikut 100% apa yg dikatakan disamping makan makanan berkhasiat... alhamdulillah susu saya berjaya ada semula dan saya boleh susukan anak sehingga usia 2 tahun.. Kalau org tgk luaran saya, mmg tak percaya saya bleh susukan anak sbb tubuh saya yg kurus kering dan saya juga ada talassemia trait ... tapi alhamdulillah anak2 saya sihat...
sepanjang susukan anak mmg mcm2 cabaran spt kekeringan susu sebanyak 2 kali iaitu pd usia bayi 3 minggu dan 3 bulan tapi saya tetap teruskan ...puting merekah dan luka, bibir saya yg pecah, luka, dan mcm2 lagi...

Buat Ummu, semua ibu boleh susukan anaknya. apa yg perlu ialah ilmu yg secukupnya mengenai penyusuan dan jgn sesekali mengalah pd masalah yg dihadapi.. semoga berjaya utk anak2 yg akan dtg...
PMEmail Poster
Top
lina07
Posted: August 26, 2009 12:40 pm
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 2
Member No.: 995
Joined: August 26, 2009



QUOTE (yus @ September 18, 2006 04:57 pm)
biggrin.gif Meh nak citer pengalaman saya lak. 1st baby, PD sakit mcm nak pecah psl susu tak dpt kasi baby. Baby kat sepital 2 mggu. Perah pun dpt kuar sikit jer. Hubby bawak ke sepital. 2nd baby, PD tak sakit tp baby kat umah, tp susu takde lak. Jadi kesimpulannya kalo PD tak sakit tu makna memang takde susu laaa. Pada firasat saya laa....dan kalo PD sakit tuh makna nya susu banyak tp tak dikeluarkan...... smile.gif

kalau PD tak sakit dan tak bengkak pun, kita bleh susukan anak. Semakin kerap bayi hisap puting, susu akan bertambah
PMEmail Poster
Top
HANI
Posted: September 11, 2009 01:21 am
Quote Post


Rakan Baru
*

Group: Members
Posts: 1
Member No.: 1000
Joined: September 11, 2009



Assalamualaikum smua ibu2,

Di sini sy nak berongsi tips membanyakn susu ibu. Semua masalah penyusuan ie. susu kering dalam pantang, puting bengkak, pecah, sakit nak menyusukan anak, mulut pecah tu memang saya dah alami. Rasa nak give up menyusu anak. Tapi dari pengalaman2 yang lepas, bila berhenti menyusukan anak cuma lepas 2-3 bulan saya rasa frust sangat. Jadi bersalin kali ni saya nekad nak susukan baby selama yang boleh. Jadi saya ada pergi ke SusuIbu.com. banyak tips yg diberi. Antaranya minum air longan (bole dapat kat kedai sensei longan kering. Balik rebus la...), makan banyak kurma, oat, dan habbatus sauda'. Semua saya cuba. Tak tau mana satu yg paling effective. Tapi Alhamdulillah air susu saya nampaknya lebih banyak sekarang. Baby pun tak menangis lagi bila menyusu. So... Ibu - ibu bolela cuba... dan banyakkan doa agar Allah kurniakan kita air susu yang banyak untuk anak - anak kita...
PMEmail Poster
Top
1 User(s) are reading this topic (1 Guests and 0 Anonymous Users)
0 Members:

Topic Options Pages: (2) 1 [2]  Reply to this topicStart new topicStart Poll